Friday, 4 March 2011

Belog : Kena Tag and Tag Lagi

aku kena tag dgn Addam Juhari dkt entry die. mula mula aku tak paham la.kejadahnya main tag tag ni. aku ingat cm tag gamba kt FB.ni first time aku kena ni. rupanya, klo kita tag org kt blog kita, org tu akan rasa dihargai. cm korg la. cuba korg kena tag,mesti korg rasa.wahh,die kenal aku! tapi dalam kes aku dgn addam ni....huhu..kisah lama.wakakakakkakakakaka. okay.die sruh aku try buat. so,jom layan.~ saddan: tajuk entry xbleh bla!~

Instructions:
1. On korg punya iTunes, Windows Media Player and bla bla bla on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. Korg kena mention jugak kt entry blog even lagu kena shuffle tu cm cipan gler!
4. Tag at least 5 org kawan.
5. Semua yang kena tag sila buat.haha
6. Have Fun!

Dah ON korg punya player segala jadah tu?

IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
Terasing : Sudirman

WHAT WOULD BEST DESCRIBE YOUR PERSONALITY?
Retak : Ella

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Susun Silangkata : Aizat

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Pakai Buang : Stacy

HOW DO YOU FEEL TODAY?
Setia Kasih : Haleeda

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
Serasi Bersama : Ajai n Nurul

WHAT'S YOUR MOTTO?
Pemain Cinta : Ada Band

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Teratai Layu di Tasik Madu : Fauziah Latif

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Pupus : Dewa 19

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Lagu Untukmu : Meet Uncle Hussin

WHAT IS 2 + 2?
Untukmu Ibu dan Ayah : Aeman

WHAT DO YOU THINK OF YOUR EX BOY/GIRL/BESTFRIEND?
Kebahagiaan Dalam Perpisahan : Shahir

WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?
Siapa Di Hatimu : Rahmat

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Usia Remaja : Ali Setan

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Hampa Hatiku : Ungu

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Aku Masih Setia : Dia Fadila

WHAT WILL YOU DO AT YOUR WEDDING?
Cinta Kain Putih : Putra

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Arigato : Def Gab C

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
Tapi Bukan Aku : Keris patih

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Masih Terserlah Ayumu : Exist

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Dokter Cinta : Dewi Dewi

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Bersamamu : Ezzlyn

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Azura : Jamal Abdillah

WHAT'S THE WORST THING THAT COULD HAPPEN?
Tanpamu : Farawahida

WHAT IS THE ONE THING YOU REGRET?
Baldu Biru : Ella feat Awie

WHAT MAKES YOU LAUGH?
Erti Hidup : Dayang Nurfaizah

WHAT MAKES YOU CRY?
The Romance : Kuingin kamu

WILL YOU EVER GET MARRIED?
RSVP : Maulana AF8

WHAT SCARES YOU THE MOST?
Sejarah Mungkin Berulang : New Boyz

DOES ANYONE LIKE YOU?
Menyesal : Ressa Herlambang

IF YOU COULD GO BACK IN TIME, WHAT WOULD YOU CHANGE?
Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi : Alleycats

WHAT HURTS RIGHT NOW?
Bengang : Akim AF7

WHAT WOULD YOU WANT TO SAY TO THE PERSON WHO TAGGED YOU?
Akustik : OAG

WHAT WILL YOU NAME THIS NOTE?
Bila Terasa Rindu : Dafi

Lepas kena tag, korg kena tulis 25 perkara apaper je pasal diri korg. lepas tu tag kawan or blogger yg lain and tak lupa tag org yg tag korg tadi.

1. aku femes. wakakakkakakakakkakaka
2. suka buat keje gila.
3. aku suka math je.
4. aku suka roti n cheese.
5. aku suka masak.
6. aku perempit sejati.
7. kalau sehari xpegang moto,aku rasa pelik.
8. suka tgk baby byk byk bykkkkkkk.
9. suka lepak atas bukit,tepi pantai.
10. aku pilih kawan.
11. sekali aku kata aku BENCI, seumur hidup aku benci.
12. bila aku marah, aku senyap n jgn harap aku nk tgk muka kau!
13. aku xsuka pompuan gedik n perasan cun.
14. tak suka lelaki hensem.
15. allergic kt org yg kurus.
16. cepat lemah kalau org lovey dovey.
17. xpernah penat kalau org ajak pi jalan jalan. weeeeee
18. aku mmg fanatic game. zuma ke racing ke bejewels ke..
19. bila aku main game. aku xkan dgr org panggil.
20. aku takut tgk citer hantu.
21. kureng suka tgk wayang.
22. xsuka buat keje yg org suruh. aku jeling n trus bla.
23. xsuka main msg n gayut lama. except org tertentu.
24. ada migrain yang sangat teruk! xbleh pi shopping complex n pasar malam.
25. aku xsuka pi shopping dgn kawan2.

n sekarang aku nak tag :


p/s : aku main tag jer ni. hahahhaha.. so, have fun!

Thursday, 3 March 2011

Lepak Lepak Atas Bukit

hye thursday!
Unproper Plan . Unproper Place . Unproper Photoshoot . Unproper Picnic.
ktorg pegi melepak hari ni. since aku sangat free pada ptg khamis yg indah ini. aku,Vi,Legend n Viva decide nk pi jenjalan. aku dapat msg from Legend around kul 12. die ajak lunch kt mcD. mana ler aku sedor tdo kul 7.30.kn? aku tny kt mana. dia kata kt mcD Prima.pergh bapak jaoh membawa hati yg terluka. faham faham..kuikui ;) pastu Vi call. dia sruh bangun,pi mandi sbb Legend nk bwk pi jalan jalan putrajaya. dlm hati aku : yeayyyyyyyyyyyyyyy !

so, around kul 2 Vi call. die suruh amek Viva kt foyer. then,ktorg gerak pi Petronas SS15. katanya Legend tunggu kt situ. bila ktorg smpi,jenuh cari die. tp xde pon. lepas isi minyak,isi angin,tup tup nmpk die melepak dgn geng bangla. patutlah xnmpk die. dah sekaum dah duduk kt situ. bezanya,pakai helmet sekerat die n tinggi die yg kalah pokok kelapa.hah

UKM>SS15>Sg.Merab>Persiaran Diplomatik. apa ktorg buat kt situ? makan lah. aku xde la lapor mana. tapi bila dah tgk ayam goreng bersalut tepung oren emas siap ada pappadom. sumpah lapar! haha. okay la.not bad. tambah tambah bila makan berteman mcm ni. mestilah berselera. siap mengumpat lagi. then,ktorg gerak pi PICC. mula mula aku pelik gk awat lalu highway? ohh.mybe ni jalan lg dekat kot. skali bapaklah jaohhh..rasa mcm tawaf satu putrajaya. Inche Legend ni mmg dah xsabar nk kena ngn ktorg agaknya. xpe2.tggu masanya tiba.hahahahha (gelak jahat).

sampai je kt sana, Legend tunjuk tmpt die bertapa. lohh. kena curik kt satu couple tgh dating ni. xkan nk halau pulak. xpe xpe..ktorg berdiri kt tebing bukit tu. tinggi. cukup tinggi utk angin terbangkan tudung aku.haha. best giler weh.korg bygkan. korg diri kt satu tempat ni. atas bukit.rumput hijau.bersih sgt.udara nyaman.depan korg ada empang. air tasik jatuh. bunyi die mmg best lah! ada pulak burung burung terbang.aku cukup suka suasana cmni.suka sangat smpi ada satu jer perkataan yg boleh bygkan nya. TERPESONA. :)



 mula2.ktorg pi melepak kt bawah jambatan tu. bentang surat khabar jadi tikar.pastu buat Pakatan Bermuda.apalagi mengumpat hal wanita! hahaha. ni kalau Tiara dgn Juara ada ni, mesti lagi havoc punya clique.huhu. even ada air mineral dgn tropicana botol kecik, tapi xleh lawan dgn hot topic ktorg. mesti Legend bengang.kn kn kn? hahahhaha. tak lama tu,ktorg tukar tempat. pi kt gazebo atas bukit tu balik. masyuk gler.ader wifi tp xde la laju mana. boleh la sikit. untuk update status FB.haha 

tp yg ktorg geram tu. sorg pon xbawak camera. perghh..xsyok gler xde camera. bukan apa. suka shoot tak tentu arah. kadang2 shoot yg xfocus tu lah yg paling cantek.paling cun. paling memorable. tp ntah cmna. aku pi kluarkan Mr. L aku. konon nk dgr lagu. skali tgk. 'Wireless Network Detected'.wahh..online la aku.hahah. tp tetibe jer.tinkkkk! amek gmba guna webcam beb! hahah. boleh la. saja nk buang masa. suka suka.





more pictures than words kn? hahha. ntah. aku suka semua gambar ni.Legend kata.nnti die kawen die nk buat photoshoot kt sini. comel jer. ni time amek ni. angin tiup sumer. sejuk. hahah.padahal xde la tinggi mcm puncak bukit. pastu. nk di jadikan cerita..adalah satu group ni..dorg sumer separuh bogel. dah la sejenis. boxer hitam. motifff? aku pon tatau.hahaha.

p/s : nnti nk ajak dorg picnic kt air terjun :) noted eh pong pong..haha

Wednesday, 2 March 2011

My Little Prince Charming

mesti korg ingat pakwe aku yg satu ni kecik kan? lagi pendek dari aku? hahah.mmg pon. adik kecik aku.mmg lah kecik. xkan nak besar cm Van Diesel oMG! mana? mana?haha okay lah. let me introduce him. nama dia Muhamad Ezzly Eddin. ibu kata ayah lupa nk letak 'M' satu lg time daftar.skrg umo die 6 thn 4 bulan. Libra's guy. huhu. anak bongsu dalam kitorg 4 adek bradek. the only anak lelaki. n sama nakal dgn kepala hotak along dia ni..hahaha. ktorg pggil die Dik Lee. tapi klo aku panggil Lee die xdgr,aku tukar Ezzly pulak. tapi kalau dah berbuih die buat dunno padahal tau aku pggil.. mmg pekak le tinge die dgr aku kluarkan suara komando. satu Felda boleh dengar.."Eddddddddddddddddiiiinnnnnnnnnnn!!!!" .time tu baru terhegeh hegeh nk dtg.haha.
                                       'Dik..along missed u so much der' ):

die ni lahir masa aku form 1. jaoh doe beza aku ngn dorg.ntah la.mmg ibu n ayah rancang kot. aku xkesah pon. lg pon aku mmg suka budak kecik. smpi skrg.pantang jumpa baby.nk jer curik masuk handbeg.haha. kelmarin,masa bwk kak Fizah pi Celcom Centre kt Sg. Chua.ade baby ni chomel sgt2!! rasa nk cubit jer. pandai pulak. tp die takot kot dgn ktorg yg ttber jer mengacah.hahah.dah la buat muka pelik2. badan beso beso.hahahahah. back to my adik. die ni masa kecik muka cm pompuan. kulit die merah sgt. bulu mata panjang nk mmpos smpi aku pon naik jeles.padahal dlm ktorg 4 adik bradik ni. xde plak yg panjang cmtu. selidik punya selidik. die ikut sepupu kembar die. si Imran. nama pon nk dekat2. Muhammad Imran Ikmal. sorg MEE.sorg lg MII. eloklah.

   Ezzly n Imran

budak ni kan.pantang kalau aku balik umah. mesti die pesan Dunkin Donut kt Terminal 1 Seremban tu. pastu nk yg muka smile jer. katanya bentuk muka tu cm nenek.haha. citer pasal muka nenek ni. tahun lepas. ktorg ada smbut Hari Ibu kt rumah aku. masa tu semua ada kecuali family arwah Pak Long Pilah n family Pak Lang Kajang. aku dapat tugas pi beli kek. ape lagi. aku mmg saja nk beli kek corak bukan bukan. dlm kepala hotak dah terbayang Shin Chan n Doraemon. skali kt kedai kek tu ada kek kuning ada superbike kt atas die! aku rasa nk beli jer.mmg dah nk amek. tp time nk bayar tu nampak satu kek ni. gamba muka perempuan rambut kerinting. serupa cm muka ibu,nenek n Mak Ngah yg ada kt umah tu. haha. idea jahat dah dtg. so,aku beli jer.kuikui.kita tgk reaksi dorg.
 dari kiri : ibu, atok,nenek,mak ngah,Dik Da,Ezzly
huhu.kek yg aku beli.sempena Hari Ibu. dah kena colek ):
yang aku ingat la kan. last year. holiday ktorg yg terakhir. yg semua org ada except Pak Ngah Pait.sbb die keje. time tu arwah Pak Long ada. ktorg pukul 7.30 dah gerak dari Gemas nk pi berkelah kt Ulu Bendul. 10 minit jer dari umah arwah Pak Long kt Kuala Pilah. pastu amek port syok giler.huhu. ktorg buang semua batu yg kt tgh2 tu. ktorg letak kt tepi2. empang.buat kolam besar. mmg style ktorg arh nk buat cmtu . mcm ktorg punya territory.hahaha. duk syok2 masak2.goreng nugget.fries.ayam golek je xde. ttbe jer cousin aku jerit.pastu aku yg duk syok main air bak puteri bertujuh tu terkejot la. semua pakat lari naik darat. rupanya katak besor nk mmpos. lagi besor dari tgn aku. cousin aku tu ckp. die tgh baring.die ingat daun kering. tp keras.lembik. skali tgk. K.A.T.A.K! adik aku ni punya lah syok.die mana geli dgn haiwan ni semua. lg nk di buat experiment ade la.haihh

 adik aku yg prasan die hensem.haha.kt Ulu Bendul ni..

tapi skrg.die dah besar. dah darjah satu pon. ngaji dah masuk muqaddam. hari ahad ritu. aku balik umah Pak Su yang aku pggil Apak kt Semenyih. aku saja nk balik tdo. pastu nk story mory la. skali die tunjuk video die rakam time adik aku ni tgh mengaji. die punya tarik nk amek harakat tu.perghhh.. mcm Ziana Zain tgh perform. penat aku gelak guling guling dgn Apak.hahaha. tu yg buat aku rindu kt adik tu. rasa nk balik jerrr. budak tu kt skolah. Hot Stuff! even baru darjah satu tapi dah ada dah budak pompuan brani usha. yg tgh steady skrg nama dia Auni. comel gk la. anak kawan ayah aku. aku slalu usik adik aku. "adik,kalau xnak mandi.along ckp kt auni.bia die xsuka adik dah"..pastu cepat2 masuk toilet.hahah. budak zaman skrg. along die ni pon single lagi.(:


aku kan jarang balik umah. sesekali aku balik Gemas tu.mmg tiap petang aku round satu Felda. angkut la adik kecik or si Ariena tu. xpon ktorg konvoi 2 motor. aku dgn Ezzly. Mimie bwk Ariena.mg ktorg satu family kaki rempit. buktinya? ayah aku dulu rupa-rupanya driver kete rally. tapi xmain professional.sbb bahu die injured cm kaki Myvi and Legend. sbb tu ayah xbleh angkat bende berat berat.ayah dulu coach bola tampar. aku sejak kecik,ayah mmgs ruh blaja. tapi aku degil.sibuk nk main badminton.last2 skrg dah menyesal xreti main volleyball. ayah mmg raja spike la. tambah tambah die tinggi pulak. kalau aku diri sebelah ayah skrg. aku parah bahu die jer.=.='


p/s : aku nk balik umah skrg jugak sbb ibu kata die nk masak cendawan busut yg die kutip kt kebon. ):

Tuesday, 1 March 2011

Rindu Pada Sang Kancil

23 Februari 2011. Genap 2 bulan kemalangan ngeri tu terjadi. genap sebulan jugaklah arwah iela pergi buat selama-lamanya. sampai hari ni aku stil xsempat nk pi ziarah kubur n family arwah. ingat nk pegi hari ni tapi aku teringat Myvi ada citer kt aku. Vi ada ajak Kancil pi lawat kubur arwah 25 feb (hari die pi serdang). Kancil kata, dia bukan tak nak pegi. tapi die tak kuat. kaki dia sakit. masalah paling besar is die duduk atas wheelchair. dia kata buat susah org nk dukung letak die atas wheelchair. Kancil cakap jugak die hanya akan kuat semangat kalau ktorg bertiga ada dgn dia. ney, kalau lepas ni ktorg xde dgn kau,xkan kau nk putus semangat? come on lah yea :)

26 Januari 2011.hari Kancil check out Hospital Serdang. haih..sayu tul hari tu. sbb xbiasa kn. hari hari pi tgk dia.ttbe jer dah tak yah pi. kalau korg, mestilah korg rasa empty. betol x?seminggu pertama tu mmg rasa pelik nk mati. ptg jer rasa nk pi serdang. ptg jer rasa mcm xde kawan. dah la slalu hujan. xke tacing giler tu? huhu. and hari tu jugak. doctor ada ckp. Kancil kena dtg hospital serdang balik 25 Feb ni utk bukak besi kaki dia n check apa yg patut. maknanya sebulan lagi la kn?huhu

25 Feb 2011. die dtg Serdang.nk check kaki.aku mmg tau die nk dtg. tp entah la. 2-3 hari before tu aku rasa pelupa saangat saaangat. hari khamis tu aku dah nk balik rumah dah. tp Vi ckp. "esok dia dtg la gler.."..ohh.aku terlupa. sumpah aku lupa. mlm tu aku xtdo sbb nk siapkan keje. so,mcm bese.aku tdo lepas subuh.n bangun pon pukul 11. tu pon gara gara dpt msg Vi yg Legend ajak pi jumpa Kancil. tapi time tu sku cm mamai.last2 buat muka bodoh.pi makan sumer.

balik tu. aku msg Kancil.

aku        : ney,ko dah balik umah ke?
kancil    : dah kt umah ni.
aku        : alohh.baru nk pi T_T
kancil    : ani,aku sedih. aku rindu sgt kt korg. aku nk sgt jumpa korg td.
aku        : aku ponnnn..gler rindu nk mati kot kt ko. tp asal xdtg?
kancil    : kaki ni lah buat hal. aku dah otw dah nk gi ukm. smgt gler.tp kaki sakit sgt.
aku        : ney, aku rasa mcm nk pi lanchang skrg.
kancil    : ani. dtg lah cni.rindu kt korg la. xjaoh kn. tdo sini eh.
aku        : pala hottak kau! xkan aku nk naik wave papau.rosak ah nnti.ngok!
kancil    : ani kena yakin.mesti boleh smpi sini.
aku        : sial la kau jad.haha
kancil    : weh. ayah aku suoh korg dtg cni.tdo. pi la carik kete.aku bayor.

tgk.gigih xgigih die nk jugak ktorg dtg.aku entah lah. aku ada keje cket. Vi pon sama. lgpon xde sapa nk teman ktorg pegi. aku okay jer. tp ble xde restu ni.xsedap ati cket.hahahah.ptg tu naik chat kt FB dgn Vi.

Vi     : asal?
aku   : ayah die suoh pi. sian kt die. cm SANGAT kronik sakit rindu tu.
Vi     : aku ponnn.
aku   : dah tu nk buat cmna.
Vi     : jom pi lanchang..
aku   : ko jgn nk buat gler. keje mlambak.lg pon nk naik apa?
Vi     : kete la glerrr. aku xkesah.ajak la pau.
aku   : aku on je la. jap tny pau.

upanya si Wave duk tgh layan 3 idiot. ngeng. die kata weekend xfree. adoii.. xdpt la pi sana.tapi ktorg dah janji dgn Kancil,ktorg nk bwk Wave pi sana. InsyaAllah Cil, nnti ktorg smpi yeah. jgn rindu rindu lg. henfon kn ada. apa guna teknologi xguna.hahahah

p/s : sumpah rindu gler kt mamat sekor ni. kalau xmengenangkan ktorg 3ekor ni sumer busy.aku rasa weekend tu mmg lepak lanchang la.hahahahaha 

Sunday, 27 February 2011

CONFESSION

erkk.confession.atau pon pengakuan.hhuhu.bukan nk mengaku aku suka or jatuh chenta kt mana mana manusia yg bergelar lelaki.bukan nk sorok pekung di dada. tapi kt dada ni mmg xde isi apaper selaen jantong n peparu yg di 'cover' oleh ribcage aku yg bersaiz 1 inci lebarnyee.korang bygkn besau mana xD 

xde. sebenarnya aku nk confess kt korg pandangan aku dekat relationship.tentang chenta.kisah manusia biasa.lantak pi lah korg nk label aku ni suci ke.xde hati ke.kolot ke.aku rasa xkot,sbb hotak aku ni xleh pakai sgt.huhu semua ni terkeluar masa aku pi dinner ngn Myvi kt Kedai Kerusi Terbang.alah..yg depan balai polis bangi. aku rasa aku dah story kt entry before ni.tp xingat yg mana.:)

mcm ni.duk tgh2 mkn tu. ktorg citer la pasal org sekeliling ktorg.pasal family ktorg.tup tup tersampai pulak hal hal sensitip mcm ni kn..kalau korg nk tau kisah Myvi.korang tanya lah dia sendiri.aku tanak citer.bak kata pepatah ciptaan sendiri :Let it break at mouth,not at belly. huahuahua

aku confess la kt Vi yg aku xpercaya kt cinta wujud dlm hati. sbb aku mmg xpercaya sejati tu wujud.bg aku,cinta tu boleh dipupuk.just depends kt kita jer nk bentuk dia jadi mcm mana. aku bukanlah xsokong kawan2,family n others yg mmg dah couple n berchenta.aku sokong.siap doa sampai akhir hayat.kang klo smpi jinjang pelamin,lepas kawin cerai pulak.:) aku salute kt sorg classmate aku kt asasi dulu. Wafa. die dah kawen dah. baru jer lagi.29 Jan haritu. die bukan jenis yg sosial or menggatal xtentu hala.siap bertudung bidang 60 you! dorg couple since Wafa form 4 xsilap aku.time tu Mior pon nk fly UK dah. cuma aku kagum dgn effort yg die dgn Mior bg relationship dorg betul betul real. n hasilnya..dah hubby wifey pon.congrates!

back to the story. aku ckp kt Vi. kalau ada lelaki yang datang,confess depan depan aku,kata dia nk 'together2' dgn aku. sumpah aku ckp.aku xkan terima.sbb aku xpercaya cinta yang nak declare mcm tu jer.aku mmg xleh terima. aku rasa nonsense. tapi korg jgn salah faham. tu kalau terjadi kt aku.kalau korg.lantak korg lah nk melutut segala bagai.ekceli aku dah tanam prinsip ni since dari zaman skolah dulu. yg aku panggil zaman jahiliah.mmg time tu sumer sibuk nk chenta monyet.yg kononnya cinta sejati.tapi seyes..aku sikit pon xcaya tu namanya cinta.bg aku tu rasa suka.rasa nk memiliki n dimiliki.

aku ckp kt Vi. kalau org tu betul betul jujur seikhlasnya nk dgn aku. not see me.but pi rumah aku.ckp direct dgn family aku.klo kena reject,buat mcm xde apa.family aku pon xkan bgtau aku. tapi kalau dpt approval. baru boleh jumpa aku n story mory later.itupon after org tu dpt approval juga dari family dia. kalau x..fren forever la yerrrrr. btw,aku salute jugak kt kengkawan aku yg skrg dah xguna perigi carik timba. ada jer yg confess gila gila. mmg rasa mcm xpercaya.at least die dah cuba n good for her sake. cuma aku.still kt prinsip yg aku dah pegang more than 15 years. aku happy sbb stil sama. :)
 wafa berdebar. majlis akad nikah.
 shooting kt jalan raya mana ntah.ni kt penang.belah wafa
 ni kt belah mior.perak. klo xsilap laaa

entah la. aku bukan xsuka lelaki. yup.dulu mmg aku rasa aku ada dual personality. zaman jahiliah dulu. sbb aku penah suka kt sorg minah ni. dia ayu giler.lembut.cakap pon sopan.mmg buat aku tertarik gile. aku ingat aku lesbian. tapi aku denied. then.lumrah alam la kan klo kita rasa suka or minat kt sesaper.termasuk jugaklah aku. as perempuan,mestilah ada lelaki yg aku suka. mula mula aku mmg xsedar aku suka dia.tapi bila aku dah perasan.aku akan denied.aku denied, denied ,denied smpi sekarang.sbb tu aku rasa mcm perasaan aku dah mati aku perangai aku yg suka sangatttttt menDENIED. huhu

so,let it be easy.aku dah tetapkan. im looking serious in relationship bila umor DAH masuk 25. means after tarikh 1 OKTOBER 2016. baru aku nk masuk fasa berkawan. then,aku juga dah tetapkan. only and only if 27-30 is marriage time. lantak arh korg nk kata andartu ke hapa. ibu aku siap bg greenlight lagi. ibu siap kata : "perempuan sekarang..lebih 30 pon ibu xkesah..sbb semua jenis bekerjaya.."..see,sporting x my ibu? huhu..apaper pon,semua dah Allah tentukan.aku cuma merancang dari bawah jer. yg kt atas dah tertulis. kalau dia kata cukup umo aku 20 kena beranak,jadilah dia. chooiiii.jangannnnlahhh...contoh jer ni.

now,korg dah tau kan. n satu lagi aku nk confess. selama aku hidup 19 tahun 4 bulan ni. mmg dah berpuluh mamarazzi n paparazzi kejar aku dgn gossip liar..sampai dah lali. sampai aku rasa xleh hidup kalau xde gossip ni semua. because bende2 ni lah yg tolong aku kenal org sebenarnyee. kalau tak. my life is kt depan laptop,atas motor,tepi tasik n sebelah novel + komik. dapur pon masuk jugak. nk kena bising ngn ibu? haiyooooooo.hahaha

p/s : ini bukan kenyataan brani mati ke hapa. tp jgn sangka org yg mcm aku xde yg nk yer. aku jer yg letak syarat bukan 2 a.k.a jual mahal.hahahha..xde lah..just xsampai seru lg..