Wednesday, 21 March 2012

Hati Seorang Perempuan

alam hati seorang perempuan
ada naluri untuk di sayangi,
ada rasa untuk di beri perhatian,
ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
ada waktu2 minta di temani kesedihannya,

rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

di sebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,

Kerana hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2

Thursday, 15 March 2012

Kalau bukan kerana mulut

orang kata, 
kerana mulut badan binasa.


dah lama aku tak update blogger
dah lama aku tak keluar berjimba
dah lama tak jadi stalker berjaya
sebab tengah improve diri
jadi insan berguna


kita ni, kalau tak kenal jangan nak mengata
betul, aku bukannya baik berbudi bahasa pun
tapi at least aku cuba,
ye, aku tahu, masing2 punya citarasa
punya pandangan berbeza


tapi, apa kau rasa
bila orang kata kau sombong bongkak
bila orang kata kau datang menyemak
bila orang kata kau perasan megah
hakikatnya..kau cuba untuk berubah


orang kata,
kalau tak kenal maka tak cinta.


bila cakap tu, pandang kiri kanan.
suara tu bagi adjust volume
pakaian tu kasi sejuk mata memandang
paling penting..
mulut tu jangan nak lepas sangat.
senyum tu bukan kena bayar pun kan?


kita ni, kalau dah kenal seseorang,
janganlah duk dengar dari orang ketiga
dorang tu bukan boleh caya belaka
makan khabar angin pun merata
tapi kekadang elok jadi tengah2 ni
tau semua cerita
baru nampak sahih tu kat mana.
tapi toksah nak hingaq la.




p/s : sukati la nak paham ke idak. :)

Thursday, 8 March 2012

Tutorial for Statistical Industry Data Ignition Key Study

Step 1 :
ni data asal yang Prof mail kat kita.


Step 2:
Create new column for MEANS

Step 3:
- klik dekat kotak bawah MEANS tu.
- then, type in "=" sebelah icon [fx].
- next, klik icon [fx] tu.

Step 4:
- lepas korang klik [fx] tu, akan pop up macam window kat bawah ni.
- Pilih : Select a category : STATISTICAL
           Select a function : AVERAGE
- klik OK.


Step 5:
- lepas korang klik OK, akan keluar lagi satu pop up window kena masukkan data.


Step 6:
- korang terus highlight data B3 sampai F3.
- lepas tu kat window tadi, klik OK.

Step 7 :
- lepas tu dapat jawapan 6.82.
- then, dekat bucu kotak yang aku letak anak panah merah tu, korang klik and drag sampai data bawah sekali and lepaskan mouse.

Step 8 :
- and the result..


Step 9:
- repeat Step 2 till Step 8 untuk column STANDARD DEVIATION, MAX , MINI, RANGE
* bila nak pilih function untuk command..
  - Standard deviation = STDEV
  - Maximum num = MAXA
  - Minimum num = MINA
* dalam command untuk range, klik data MAX- MINI.
  contoh : " = J3-K3"

Step 10:
- they will resulting..


Step 11 :
- calculate for n, xbar, rbar, sxbar, UCL, LCL. noted that d2, was given : d2 = 2.326.

Step 12 :
- now, we're estimating for "n".
- klik dekat yellow-highlighted box tu.
- pergi dekat command box, sebelah [fx], type.." =COUNT(".
- then, highlight 5 data paling bawah macam dalam gambar and tutup bracket.
- ENTER.

Step 13 :
- estimating xbar.
- repeat step 12, but type " = AVERAGE( "
- highlight semua data-data asal. dari B3 till F22.
- tutup bracket and ENTER.

Step 14:
- Do for the others. NOTED, d2 was given.
- command for 
   # sxbar =( rbar/d2) /(sqrt(n) )
   # LCL =  xbar - 3*sxbar
   # UCL = xbar + 3*sxbar
Step 15:
- drawing graph.
- highlight MEANS column.
- klik Insert > Line.
- will resulting like this.

Step 16:
- untuk adjust feature yang lain, sila pergi dekat yang red cicle tu.
- adjust la ikut suka hati korang.
- and line for xbar, LCL and UCL.. draw manually yer.


Step 17:
- n aku punya. haha. ok done. email Prof okay.
- due Ahad ni je.



p/s : memang serabut tutorial aku. haha.








Sunday, 4 March 2012

Sweet 21 Faa

kak Yin kata, ada dua kali je birthday je yang special. Sweet 17 and Sweet 21. I dont know why. =D


janji pukul 8 malam kumpul kat kkm
Naz Aiman pun cakap last minit nak join
So at first, it was 3 cars only
tapi tiba-tiba Ayin nak folo, add another car
Tunggu Ayin kat bus stop Kajai
and 8.30pm, we're heading to Puchong
dalam hujan lebat. Konvoi.
4 kereta , 15 orang.


at first, Yana's boy lead.
haru betul, sekorsekor punya kereta aku tak cam
haha. punyalah pemandu berhemah 
sampai semua dalam kereta senyap 
Risyma : " first time aku naik dengan perempuan bawak kereta laju macam kau kill"
haha. sorrryyyyy Risyma. aku nak kejar dorang!
how come aku boleh tak perasan kat tol tu. -.-"


UKM > Sg Besi > Bukit Jalil > Awan Besar > Kinrara > Taman Bukit Kuchai
mulamula sesat. sebab Fendy salah masuk jalan.
last2, aku dengan Ayin gerak dulu sebab kitorang tau.
ingat Fendy dengan Naz folo belakang
rupanya dah hilang! sesat!
okay, pick up balik lepas hantar yang lain masuk rumah. haha
Faa punya lah risau dorang tak jumpa jalan.
its okay. ni kill kot. legend. hehe


bertemakan white-purple, semua sama kaler
except Pak Din, Aslam, Naz, Ayin, Fariz Azran.
pastu tuduh kitorang tak bagitau.
bila makanan banyak, tak habis..
aku jadi tong sampah. hampeh punya boys.


macam biasa, party faa. tapi aku kena bahan. =(
my shoes, handbag, hands. Sengal punya Pak Din!
tak lupa juga Aslam. alololo kena bahan yea..
sian dia muka blushing, gegel depan mata. haha
Faa, aku tak sengaja salah meja. tapi dah Naz ajak kan. <3
Nazirul Aiman, Nazirul Akmal, Nazirul Nazrin Nordin, Nazirul Hasanuddin
and me? Nazirah Kelly Klarcson. what the ppsm boys. zzz


kitorang balik awal disebabkan perkara2 tertentu.
balik, aku pulak lead. sorry Naz Akmal.
aku tak boleh nak bawak lagi slow dari 90. haha
sampai dekat tol Sg Besi, Naz dgn Ayin hilang.
then, aku tinggal je la dua kete tu.
11.30pm, safely arrive.
dapat hadiah dari Yana pulak tu. hehe.
kau tahu Yana, slipper aku kena buang dengan Apak =(
lepas tu dia bagi crocs dia. tak bestnye.


hadiah dari Yana
thanks utk Superman ni. hehe
tgk besday org lain, tapi aku dapat hadiah. =D




Lyana, Fendy,Nazirul Akmal, Ieda
Aku, Risyma, Kak Zah,Naz, Yati
Naz Aiman, Ajai,Fariz Azran
Nazrin, Pak Din, Aslam


p/s : sorry tak mengajak untuk yang lain :) ni belum Aslam dgn Ajai haplod gambar. lagi terukla tacing budak2 nombor -.-""

Friday, 2 March 2012

PTPTN dah masuk. yeay !

dua minggu hidup bercatu. mula-mula , risau la jugak takut nak kena guna duit untuk beli hape ke. tapi berkat kesabaran dan kebijaksanaan diri sendiri , gila! jauh dari expectation!! memang saving banyakkkk sangat. haha. takde on diet sangat pun, sebab memang dah tau dah .bila nak masuk musim mengawan tak jadi je..mesti selera makan kurang. banyak tidur and rehat je la. sebab badan cepat letih kan.


lagi pun, aku bukan la jenis yang mintak duit kat parents or family. memang jarang sesangat laa. kadang-kadang tu, tengah terdesak pun, buat bodoh je. segan punya pasal.even dengan parents sendiri :D. 


aku pulak boleh lupa duit ptptn masuk hari ni. semalam keluar dengan kak yin, kak maz pun tak pakai duit. dorang belanja. hehe. macam biasa, girl's night mestilah dipenuhi dengan aktiviti2 wanita. haha. shopping, lepak, borak-borak, makan-makan. sedar tak sedar, dekat 4 jam jugak lah dalam downtown serdang tu. hehe.


then, masa gap kelas pagi tadi. even kaki sakit gila babeng punya nak jalan.. pegi la jugak pusanika. teman dorang check akaun. aku malas. sekali, punya lah kecoh satu kelas, duit dah masuk. -.-"". aku takde perasaan pun. sebab aku dah ada plan lain. plan masa hadapan untuk sem ni. bak kata Faa : " kil kan bakal perancang ekonomi rumah tangga.". hampeh orang tua ni.


there's something i need to do with the money. 
Ida, Aini.. JOM PERGI KURSUS KAHWIN NEXT WEEK. kah33333 :D




p/s : currently fully managing my account book. secretly. =D